Orang mengaitkan cuci rahim atau D&C hanya untuk tujuan merawat keguguran. Sebenarnya D&C ada banyak peranan lain seperti :
1. Mengatasi perdarahan rahim, biasa berlaku pada wanita umur empat puluhan, yang berpenyakit fibroid atau adenomyosis, ada gangguan hormon.
2. Buat diagnosis untuk mengesahkan kanser rahim atau lainnya.
3. Untuk merawat kemandulan dan sukar hamil.
4, Lekat uri lepas bersalin.
Biasanya selepas menjalani X-ray HSG, lebih kurang 30% akan hamil dalam tempoh 3-6 bulan jika benih suami normal dan saluran fallopian terbuka lepas HSG. Jika masih belum hamil lagi dalam tempoh itu saya cadangkan prosedur D&C dan hydrotubation. Ia dilakukan lepas haid dan perlu diberi bius umum (pesakit tidur)
Bagaimana D&C dan hydrotubation boleh meningkatkan peluang hamil?
1. Dalam prosedur ini saluran pintu rahim perlu dibesarkan (dilatation). Ini akan memudahkan benih suami masuk ke dalam rahim.
2. Dinding rahim atau lapisan endometrium perlu dikikis dan dibersihkan. Biasanya ada berlaku penebalan lapisan ini sebab ia tidak luruh kesemuanya ketika haid. Lama-lama ia bertimbun/menebal menjadikan 'endometrial hyperplasia' atau 'endometrial polyp' yang mungkin menyukarkan embrio melekat/implant dalam lapisan endometrium. Lepas D&C, lapisan baru akan dibentuk dan ini mungkin memudahkan proses implantation embryo.
3. Dalam prosedur ini juga saluran fallopian akan diperbesarkan. Ini memudahkan perjalanan benih suami bergerak menuju ke muncung saluran fallopian di mana percantuman benih dan telur/ovum berlaku.
Prosedur ini dijalankan sebagai 'day surgery', hanya perlu masuk day surgical center separuh hari sahaja. Pesakit datang
pagi dengan berpuasa sejak tengah malam. Prosedur dilakukan dengan bius am (pesakit tidur) dan 2-3 selepas itu ia boleh pulang.
Telefon staf klinik sejurus selepas habis haid. Prosedur ini biasanya dilakukan 2- 3 hari lepas habis haid tetapi sebelum
subur.
Tiada pantang larang khas selepas itu, hanya tidak boleh mengadakan hubungan dengan suami selama seminggu. Makanan mengikut sajian biasa dan vitamin suplemen perlu diteruskan.
Bagaimana peluang hamil?
Purata antara 20-30% pesakit yang menjalani prosedur ini akan hamil dalam tempoh 3-6 bulan. Kos prosedur D&C dan Hydrotubation termasuk bius RM 1500.
Latest comments