Klinik Dr Hamid Arshat
KLINIK DR HAMID ARSHAT TELAH BERPINDAH DARI PLAZA DAMANSARA. BUKIT DAMANSARA KE :
KOMPLEKS YJN
No 1. JALAN JALIL PERWIRA 2.
BUKIT JALIL.
KUALA LUMPUR
Sila hubungi nombor-nombor telefon berikut untuk membuat temu janji :
No tel 03-77733411 & 03-77732911
Email apptyjn@gmail.com
Mulai hari Rabu 19 Oktober kita adakan sesi kounseling IVF jam 2 hingga 5 pm. Sila buat appointment untuk jumpa pakar IVF.
BANYAK KEMUDAHAN DI KOMPLEKS YJN
Basement parking percuma
Aster Hotel penginapan untuk pesakit dari luar KL (telefon nombor 03 7772 1766 untuk tempahan)
My Winkle mini market
Restaurant
Pharmville Farmacy
Dewan D Mahligai untuk pelbagai
fungsi. Boleh memuatkan 300 hingga 400 orang serentak (telefon pejabat - 03 77733500 dan fax 03 7773 3600 untuk tempahan)
Lice Ninja untuk membasmi kutu rambut (buat temu janji Nadia 03 7773 3500 , 01119303689)
Kedai dobi layan diri
Hair salon
YJN SCAN
SCAN PERANAKAN UNTUK KESAN PENYAKIT
Ramai wanita mungkin tidak sedar ada penyakit dalam rahim atau ovari kerana setengah penyakit tidak ada tanda sehingga peringkat terlambat. Mungkin anda tiada peluang berjumpa pakar sakit puan.
Bayaran jumpa pakar mahal, antara RM 150 hingga RM 250. Kos ultrasound scan mungkin juga mahal, antara RM 70 hingga RM 300 atau lebih di hospital swasta.
Jika ada senggugut sebelum atau selepas kahwin. Masalah perdarahan haid banyak, berpanjangan atau tak tentu masa dan lain-lain gangguan haid. Sukar hendak hamil atau kesan waktu subur.
Kehamilan - normal atau tidak; terancam gugur; nak pantau pertumbuhan bayi; nak tahu jantina atau lain-lain masalah
YJN di Bukit Jalil, Kuala Lumpur menganjurkan pemeriksaan ULTRASOUND
SCAN SETIAP HARI SABTU JAM 8.30 pagi hingga 1 petang.
DENGAN TEMU JANJI SAHAJA
Ahli sonografi - S/N ZULIANA (Whatsapp 018 2825713)
KOS SETIAP SCAN - RM 70
Puan akan dirujuk kepada pakar sakit puan jika dikesan ada masalah
Sila hubungi 03 77733441. 03 77732911
Pemeriksaan ultrasound dengan temu janji sahaja
YJN KAUNSELING
YJN akan memulakan sesi kaunseling PERCUMA mulai bulan Ogos 2016. Buat permulaan dua orang pakar akan memberi khidmat.
1. Prof Rosnah Ismail, pakar saikologi -
Bidang kaunseling bagi masalah-masalah perkahwinan, keibubapaan (parenting), masalah remaja, kemurungan (depression) juga lain-lain gejala emosi dan mental.
2. Prof Dato' Dr AJ Halim, pakar kanak-kanak -
Bidang kaunseling bagi masalah perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak, autisma, Down syndrome, spastik, disleksia dan lain permasalahan kanak-kanak.
Untuk temu janji dan khidmat percuma sila hubungi pegawai program YJN, Cik Nadia
Tel. 01119303689 atau pejabat YJN 03-77733500
Sesi perkhidmatan hari Sabtu
Alhamdulillah sesi-sesi pakar YJN telah mencapai kejayaan cemerlang dan menerima sambutan yang amat menggalakkan. YJN akan meneruskan khidmat pakar dan terapi di Kompleks YJN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur :
1. Rawatan kesuburan oleh Klinik Dr Hamid Arshat
2. Khatan bayi lelaki umur daripada lahir hingga 3 bulan dan khatan bayi perempuan bawah umur setahun oleh Dato’ Dr Hamid Arshat.
3. Health screening - Pemeriksaan kesihatan wanita secara ultrasound scanning peranakkan wanita untuk mengesan berbagai jenis penyakit.
Sesi-sesi dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu. SILA HUBUNGI KAMI :
SN Siti Bahitih (WhatsApp 01118673261) untuk masalah Kesuburan
Cik Nadia 01119303689 atau pejabat YJN 03 7773 3500
Khatan bayi
Khatankan bayi lelaki anda secepat mungkin sebelum umur 3 bulan. Ini untuk mencegah jangkitan kuman pada zakar dan buah zakar yang boleh menyebabkan mandul apabila dewasa. Kebersihan zakar bayi ditentukan selepas khatan.
Kita guna Plastibell dan ia tanggal dan sembuh kulit dalam masa 5-7 hari.
Khatan awal terbaik kerana ia cepat sembuh. Kanak-kanak bila dah besar lebih takut untuk dikhatan, mungkin perlu bius am dan lambat sembuh.
YJN menawarkan harga istimewa RM500
YJN juga menawarkan diskaun untuk keluarga yang kurang mampu.
Di hospital swasta kos lebih RM1500 dan di klinik pakar RM1000.
Rebut peluang. Hubungi Pn Suriani, telefon no. 013 2266 968
Khatan bayi perempuan sampai umur satu tahun kos RM 70
Latest comments