• Panduan Mudah hamil

    Sangat penting lapangkan fikirkan, tangkis stress, lawan gangguan emosi. Hilangkan kesedihan, dan kemorongan. Ceria dan sentiasa fikirkan positif, bayangkan anda hamil.

Panduan Mudah Hamil

BEBERAPA PANDUAN UNTUK MUDAH HAMIL

1. Untuk wanita kahwin cepat bila ada peluang. Terbokti wanita paling subur sebelum umor 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain2 penyakit peranakkan. Jika ada jodoh jangan tangguh walau pun masih mengejar pendidekan tinggi dan kerjaya.

2. Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor secepat untuk periksa peranakkan dan ujian kesuburan.

3. Tentukan status kesihatan suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.

4. Mampu buat hubungan seksual yang  sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.

5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isreri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari.
Waktu subur bolih dikesan olih catitan suhu BBT dan ovulation test kit.BBT

6. Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.
Baca fatiha, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur.Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan  .Panduan doa.
Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.
Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat  untuk menjayakan kehamilan.
Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.
Buat sebaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.
Baca quran 2-3 muka setiap hari.
Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. Kawal berat badan. Kegemokkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.

9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaikknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah - buah2 dan sayur2. Minum juz segar dari buah2 dan sayur2 Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan

10. Makan supplement multivitamins, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.

11. Prosedur2 ujian menghasilkan kehamilan.
Xray HSG untuk buka saluran falopian menghasilkan kehamilan dalam 30% dalam tempoh 3-6 bulan.
Begitu juga prosedur D&C hydrotubation.
Rawatan suntik benih suami IUI juga menghasilkan 10 - 30 % kehamilan.
Ubat subur clomid dan ubat subur suntikan gonadotropin juga sam hasilnya.
IVF ICSI begitu juga hasilnya 30 % kehamilan dengan kos tinggi  RM15 - 20 K.
Pembedahan2 laparoscopy / minilaparotomy untuk mengatasi pelbagai penyakit - cyst, fibroids, endometriosis , tubes blocked dan lain2 menghasilkan 50 - 60% kehamilan dalan jangka panjang.

Ujian Kesuburan

Hubungi klinik 03 20941115

Ubat Subur

Ubat subur hanya diberikan untuk kes-kes tertentu. Wanita yang pusingan haidnya teratur 28-30 hari biasanya subur iaitu telur menetas/ovulasi pada hari ke-14, 15, atau 16. Terdapat beberapa cara untuk mengesan ovulasi - suhu BBT dan ovulation test kit. Sebelum ubat subur diberikan 2 perkara penting diketahui :

1. Benih suami normal.

2. Saluran fallopian tidak tersumbat, melalui ujian X-ray HSG

Ubat sumbur paling sering digunakan ialah ' Clomid' atau clomiphene. Dos permulaan ialah 50 mg setiap hari selama 5 hari berturut-turut, mulai hari kedua haid.

Dos dinaikkan ke 100 mg, 150 mg dan maksima 200 mg. Respons atau tindak balas mesti dipantau melalui ovulation test kit dan transvaginal scanning (tvs) untuk mengelakkan hyperstimulation syndrome yang menyebabkan terlalu banyak telur matang.

D&C dan Hydrotubation boleh Meningkatkan Peluang Hamil

Satu prosedur kecil yang dilakukan sebagai day case. Datang ke Klinik Dr Hamid Arshat pagi, puasa mulai tengah malam sebelumnya. Kos rawatan RM 1.5 K. Boleh balik 3 jam selepas prosedur. Insha Allah peluang hamil meningkat 30%.

Hubungi klinik 03 2094 1115

Pembedahan Laparoscopy Meningkatkan Peluang Hamil

Laparoscopy adalah sejenis pembedahan kecil atau minimally invasive. Insha Allah cepat sembuh dan boleh mula berkerja semula 5 hari selepas bedah. Meningkatkan peluang hamil 50-60 %. Kos pembedahan di Klinik Dr Hamid Arshat ialah antara RM 6-7 K.

Hubungi klinik 03 2094 1115

Sila Kemukakan Masalah Anda

Salam…

Saya mempunyai endrometriosis dan tiap-tiap bulan mengalami senggugut yang teruk. Ingin mendapat bantuan rawatan daripada pihak tuan. Terima kasih. Shameza

Wa salamu alaikum,

Saya sungguh simpati dengan masalah anda. Penyakit endometriosis bila sudah menimpa seseorang wanita, kadangkala agak sukar untuk sembuh dan penyakit berterusan kerana kelemahan dalam immune system anda.

Anda perlu buat perubahan cekal dalam cara gaya hidup anda. Amalan pemakanan amat penting untuk dijaga dengan menjauhi makanan-makanan yang menimbulkan inflamasi atau radangan. Kurangkan gula dan karbohaidret, segala makanan yang diproses - fast food dan junk food, yang mengandungi banyak perisa, pengawet dan pemanis.

Link ini memberi panduan tentang makanan2 yang melawan inflamasi. sila copy dan paste.

http://www.naturalnews.com/045187_foods_that_fight_inflammation_avocado_turmeric.html