Kali Kedua Dibedah Sebab Endometriosis
Pesakit ini berumur 29 tahun dan pada tahun 2010 beliau telah menjalani satu pembedahan besar di hospital kerajaan (lihat gambar panjang parutnya). Beberapa bulan lepas beliau berjumpa saya mengadukan masalah senggugut dan sukar hendak hamil.
Bila saya buat ultrasound scan didapati cyst pada kedua belah ovari jenis endometriosis. Bukan itu sahaja malah rahimnya telah dilanda tumbuhan adenomyosis iaitu sejenis tumbuhan pada dinding otot rahim, biasanya pada dinding belakang rahim. Dan ia melekat pada usus menyebabkan berbagai gangguan usus.
Bila saya bedah kelihatan kerosakan pada organ peranakan pesakit terlalu teruk. Kedua-dua saluran fallopian bengkak dengan chocolate cyst serta tersumbat dan melekat-lekat pada usus dan rahim. Kedua-dua ovari ada endometriotic cyst. Ia telah hampir merosakkan kedua-dua ovarinya.
Saya terpaksa membedah buang ovari dan tiub Fallopio kiri sebab penyakit endometriosis yang amat teruk dan merosak. Hanya sebahagian kecil tisu ovari kanan dapat diselamatkan dan tiub Fallopio juga dibuang separuh kerana terlalu rosak. Jika dengan izin Allah pemulihan ovari dan tiub kanan berlaku maka masih ada peluang pesakit ini untuk hamil.
Endometriosis - Satu Penyakit yang Tidak Berkesudahan
Para pesakit yang ditimpa endometriosis sering mengalami kelemahan dalam sistem pertahanan badan (low immunity) . Situasi ini mungkin sudah bermula sejak remaja dan kanak-kanak, apabila pemakanan mereka hanya tertumpu kepada nasi dan lauk sahaja atau terlalu banyak makanan segera tanpa makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Situasi ini menjadi lebih buruk apabila gadis yang sudah mengalami masalah senggugut pergi belajar di pusat pengajian tinggi. Di samping masalah tidak seimbang zat dan mutu pemakanan yang rendah, keadaan buruk ditambah pula faktor stres dan tekanan mental, fizikal dan emosi. Stres melemahkan lagi imuniti seseorang dan ini boleh mencetuskan endometriosis.
Simtom-simtom Endometriosis?
1. SENGGUGUT
Ada setengahnya lega sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak. Tetapi senggugut akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid. Ia biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar dalam kalangan penghidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi. Yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung. Sama ada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.
Banyak juga yang mengalami keguguran pada peringkat awal kehamilan. Ada pula yang gugur berulang kali.
1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.
2. Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian sehingga benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.
3. Endometriosis juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embrio.
4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
Rawatan Penyakit Endometriosis
Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami masalah ketidaksuburan telah pun berulangkali gugur disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk mempercepatkan wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil ini boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini. Kehamilan itu sendiri merawat endometriosis daripada merebak.
LAPAROSCOPY
Pembedahan Laparoscopy
Pembedahan kecil ini merupakan satu kaedah rawatan yang amat berkesan dalam merawat masalah kesuburan wanita khususnya jika ada sakit senggugut yang mungkin disebabkan oleh endomteriosis. Biasanya selepas pesakit dibius dan sudah tidur, tatacara utama ialah D&C. Ini penting untuk meluaskan pintu rahim dan mencuci dinding rahim daripada lapisan endometrium yang tebal dan tumbuh polyps. Seterusnya saya buat hydrotubation untuk basuh dan luaskan saluran fallopian.
Untuk laparoscopy biasanya 3 tebukan dibuat pada perut untuk membolehkan teropong laparoscope dan lain-lain peralatan dimasukkan bagi melakukan berbagai prosedur bedah seperti buang cyst ovari, fibroid, laser endometriosis, buka saluran fallopian, adhesion lysis, ventrosuspension dan lain-lain.
Punca Endometriosis
Endometriosis adalah satu penyakit yang melanda ramai wanita. Gejala utama adalah senggugut, ancaman kesuburan dan keguguran.
Latest comments