Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh
menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah pada wanita tersebut.
Kejadian penyakit ini kian meningkat dalam kalangan wanita-wanita
Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.
APAKAH TANDA-TANDA PENYAKIT POLYCYSTIC OVARY?
1. Tidak subur atau mandul
Kebanyakan daripada pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba.
Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.
Mereka tidak subur kerana telur tidak boleh matang dan tidak menetas/ovulasi. Hormon perangsang subur FSH dan LH yang dikeluarkan oleh kilang pituitari dalam otak, tidak bermaya untuk merangsang sel benih untuk matang. Paras
hormon LH pun melonjak, biasanya lebi dua kali ganda FSH.
Kegagalan ovulasi adalah punca utama mandul. Seringkali ubat atau suntikan subur diperlukan untuk merangsang pematangan dan penetasan telur.
2. Haid tidak teratur
Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid. Kadangkala jarak antara haid menjadi begitu jauh sehingga
3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.
Apabila keluar haid, ada yang mengalami perdarahan yang amat banyak (menorrhagia) sehingga letih
lesu dan mungkin pitam. Setengah pesakit memerlukan transfusi darah kerana anemia (hemoglobin sangat rendah). Setengah pula mengalami perdarahan sedikit-sedikit tetapi berlarutan sampai sebulan.
3. Gemuk/obesiti
Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obes. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara
mendadak, misalnya selepas ia berkahwin. Pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.
4. Darah haid sedikit atau/dan berpanjangan
Selain mengalami pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, darah haid
yang keluar mungkin sedikit sekali, tidak seperti haid biasa yang keluar secara sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit, hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga
dalam kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti.
5. Tumbuh rambut
Pada setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut juga tumbuh rambut pada bahagian tangan, adakalanya pada bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam
hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dalam kalangan pengidap penyakit polycystic ovary.
Apakah puncanya?
Sebenarnya punca
bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi iaitu cacat baka di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon.
Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita
tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH normal, LH tinggi, hormon estrogen tinggi, hormon progesteron rendah, hormon testosteron (iaitu hormon lelaki) meningkat tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan
dengan peningkatan hormon testosteron dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.
Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu
daripada segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCOS . Pengidap penyakit ini mengalami insulin intolerance.
Faktor stres atau tekanan fizikal dan mental yang timbul daripada suasana tegang dalam pekerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik dalam kalangan keluarga atau saudara mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga memainkan
peranan dalam kejadian penyakit ini.
Ciri ovari dalam ultrasound
Jika doktor pakar sakit puan membuat pemeriksaan ‘
vaginal ultrasound’ ia akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar sampai dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah
mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar
“honeycomb appearance”. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.
i. Tujuan rawatan
polycystic ovary ialah pertama untuk
meningkatkan kesuburan. Kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan
tujuan untuk mendapatkan anak. Dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan.
ii. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid. Supaya jarak antara satu haid dengan yang
lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.
Cara-cara untuk mengawal kegemukan (obesiti)
Dalam merawat pesakit perkara yang terpenting sekali bagi pesakit berkenaan ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri untuk
mengurangkan
berat badan. Kebanyakan daripada mereka mungkin memiliki berat badan melebihi 70 kg, tidak kena dengan ketinggian diri. Sedangkan berat badan yang sebaiknya bagi wanita, misalnya yang berukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kg.
Untuk mengurangkan berat badan memang memerlukan ketabahan, kegigihan dan disiplin yang kuat kerana sebenarnya orang-orang yang obes atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Oleh itu mereka memerlukan
rawatan mental supaya menjadi lebih tabah dan berdisiplin dalam mengawal pemakanan. Di samping mengawal pemakanan yang mungkin berlebihan karbohidrat dan gula, mereka perlu membuat riadah atau
exercise yang sewajarnya.
MENINGKATKAN KESUBURAN WANITA
Daripada segi merawat kesuburan terdapat banyak kaedah rawatan
yang sering dicuba oleh pakar-pakar sakit puan. Antaranya ialah ubat-ubatan seperti berikut:
Ubat subur Clomiphene
Biasanya ubat
subur Clomiphene atau
clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi, mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga daripada hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini
ialah untuk merangsang ovari yang
polycystic ini untuk mengeluarkan telur.
Respon yang positif dengan adanya pengeluaran telur mungkin berlaku hanya dalam kalangan sebahagian pesakit sahaja.
Mungkin separuh daripada mereka tidak akan menunjukkan kesan positif daripada segi pengeluaran telur.
Walau demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakit puan. Kerana jika
terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ia boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.
Ubat kesuburan yang lain daripada Clomiphene ialah ubat suntikan hormon
Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar. Ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.
Ubat Metformine
Sekarang ini ubat Metformine yang biasa digunakan untuk merawat
kencing manis digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut. Dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sampai enam bulan. Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang memakan ubat ini akan menetas telurnya. Sebahagian besar juga akan
akhirnya mengandung.
Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling
Ini adalah satu kaedah
baru di mana pesakit
“polycystic ovary” akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong
laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya
laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik
cautery ataupun laser
cautery. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.
Latest comments