Peranan myelin sheatth

Otak bayi berfungsi jauh lebih lambat daripada  otak dewasa dalam memproses maklumat - otak dewsa 16 kali lebih cepat daripada otak bayi. Kelajuan memproses ini meningkat dengan lonjakan daripada umur bayi dan kanak-kanak lalu mencapai tahap maksima pada umur15 tahun.

Kelajuan memperoses maklumat dicapai melalui proses penyalutan myelin pada jaluran axon - digelar myelinationMyelin terdiri daripada bahan lemak, semakin tebal semakin cekap dan laju menyalurkan maklumat antara sel otak kepada yang lain. Myelination berlaku sejak bayi dilahirkan dan paling aktif dalam tempoh umur dua tahun petama. Ia berterusan secara perlahan sehingga umur 30 tahun.

Meningkat dan mempercepatkan  proses myelination  adalah asas program Bina Minda Timang.  Kita mulakan dengan rangsangan sensori - pendengaran, penglihatan dan sentuhan sejurus  lepas lahir sehingga berumur 2 tahun.