Weekend di Muar
Peniaga Melayu perlu aggressive marketing.
Hujung minggu saya bawa kawan lama dari Singapore yang menetap di Perth Australia balik kampung, di Muar. Kita menginap di satu hotel untuk 2 malam. Kita berpeluang menikmati makanan Muar saperti mee bandung, lontong, satay. Kita juga dapat menikmati keindahan tepi laut dan sungai Muar.
Pada malam kita pergi ke bazaar dijalan sisi , Majlis Bandaran Muar telah Ubah suai sepanjang Jalan tersebut jadikan satu bazaar untuk beri peluang peniaga2 kecilan . Macam2 barang.ada dijual, pakaian, makanan dan alat2.
Apa saya perhatikan para penjual2 ada barangan mereka tapi marketing agak lembab. Kalausaya lawat bazaar diluar negara para penjual2 ada bermacam2 kaedah untuk menarik bakal pembeli. Tapi dalam bazaar ini, penjual2 senyap saja dan asyik menunggu bakal pembeli datang ke gerai mereka. Terlalu pasif, perlu aggressive marketing.
Buat suatu tarikan. Beramah mesra, senyum dan ketawa, riang dan ceria, tunjukkan barangan dengan ikhlas ,tanpa marah atau dendam jika mereka tidak jadi pembeli. Sentiasa ucapkan selamat dan berbahagia kepada semua pengunjung gerai.
Terokai Pelaburan
Dalam umur saya dalam ambang senja, kekuatan fizikal semakin lemah, sedangkan faktor Ini penting sebagai sumber utama rezeki saya. Perkhidmatan pakar perbidanan dan sakitpuan jadi punca utama rezeki bagi menanggung sara hidup saya dan isteri, keluarga dan anak2 serta cucu2. Disamping itu perlu juga taja 10 staff yang bertugas dalam organisasi saya.
Saya sedar dan akur dengan situasi masa depan. Lagi pun saya masih minat meneruskan amalan jariah, bantu bina masjid dan sekolah, derma dan sumbang pada yang miskin dan daif. Saya juga minat membantu usahawan muda yang berpotensi dan tulin.
Apabila sumber rezeki utama berkurangan atau terhenti, cita2 tersebut munkin akan dihentikan. Justeru itu saya sedang mengkaji strateji2 terbaik untuk menentukan pelaburan yang bolih beri pulangan lumayan dan berterusan.
Satu bidang dalam kajian saya ialah dalam bidang ecommerce, ebusiness, dan online platforms. Saya perlu terus belajar untuk dapat ilmu yang bolih bantu saya. Saya tidak bolih buat keputusan melulu, sentiasa berhati2 dan berwaspada. Insyaallah dengan selalu berdoa dan solat istiharah, Allah akan menujukkan Jalan yang lurus, benar serta diredhaiNya. Aamin Ya Robbal alamin.
Malam itu saya berpeluang mendengar satu perbentangan satu bisnes IT technology yang telah berjaya olih seorang usahawan yang berasal dari satu bandar dengan saya, iaitu bandar Muar. Beliau memang punyai visi yang jauh. Harapan saya dapat mempelajari sesuatu dari kejayaan beliau.
SEMPENA UMOR 74 TAHUN
Semoga hidup kita bahagia dan berjaya hingga keakhir hayat. Kuat iman dan taqwa, sihat tubuh badan, rezeki yang luas dan halal, serta dikurnikan keberkatan dan rahmat Allah.
Sambil kita berdoa, sangat penting kita berusaha, dengan arah tujuan yang tepat, dengan azam yang kuat, disiplin yang teguh perancangan kerja2 dan tugas2 yang teratur dan dilksana ikut priority.
Insyaallah hari ini dan hari2 berikutnya kita akan diberi Allah hasil dan ganjaran yang tidak putus2. Aamin
Latest comments