Sejarah Pak Bidan. 

Saya anak kampung, lahir di Parit Pinang Seribu, Muar, Johor pada tahun 1945, ketika jepun serah diri kepada British. Ketika itu kemudahan asas saperti jalan, letrik dan air memang kuno,  jauh beza dari zaman sekarang. 

Perkhimatan kesihatan memang tiada langsung, kelahiran bayi disambut olih mak bidan kampung. Kebetulan nenek saya, yang dikenali Embah Minah,  keluarga kita panggil Mak Tuo , dia jadi bidan kampung. Memang dia pandai sambut kelahiran bayi . Juga pandai mengurut badan. Saya bila balik kampung ada juga minta urut badan saya. 

Pada zaman itu lebih 90% dari kelahiran berlaku dirumah dan disambut olih bidan kampung. Tiada klinik Ibu dan anak, tiada Pusat Kelahiran, orang2 kampung takut pergi hospital. 

Alhamdulillah saya mewarisi sikit baka mak bidan dan jadi PAK BIDAN. Hanya peranan Pakar Bidan sekarang jauh berbeza .

Pekej jagaan bidan kampung sangat istimewa. Alangkah beruntung ibu yang dapat jagaan mak bidan kampung. Pekej jagaan meliputi tempoh sebulan bermula dari sakit bersalin dan menyambut kelahiran. Jagaan berterusan dengan jagaan bayi, mandikan dan tukar lampin serta pakaian, mengurut bayi dan rangsang otak. 

Jagaan ibu lepas bersalin dan waktu pemulihan termasuk urutan badan dan rahim,  bertunku, jamu dan bedak pilis. Mak buat itu semua setiap hari untuk bantu seibu agar cepat sembuh dan pulih . Malah dia tolong masakkan untuk sajian ahli2 keluarga . Upah untuk kesemua tugas2 dan khidmat hanya 30 ringgit,  satu helai kain batik dan 2 ekor ayam. 

Mak bidan bukan buat bisnes, dia hanya berkhidmat untuk masyarakat sekampung, lagi pun semua penduduk kampung ada talian persudaraan.