Galakkan bayi merangkak2

Crawling track rangsang fungsi otak bayi

 

Pakar neuro dan pendidekan awal kanak2 Glenn Doman yang merawat kanak yang ditimpa kecacatan dan kerosakkan otak berpendapat pertumbuhan fungsi otak bolih ditingktkan dengan menggalakkan bayi meniarap, menyelar dan merangkak dan memulakan program ini sejurus selepas bayi lahir. Amalan tradisi kita membedong bayi dan membaringkan terlentang adalah satu langkah menyekat pergerakkan bayi. Sedangkan kebebasan pergerakkan bayi menggalakkan pertumbuhan fungsi otak bayi.

Tingkat 1- Menyelar

Bila ditiarapkan diatas crawling track (CT) bayi akan secara otomatik bergerak mengikut refleks yang dikawal olih saraf tunjang dan Medula dipangkal otak, kedua kaki dan tangan bergerak2 tanpa arah tujuan dan jari2nya akan digenggam. Ini dalam tingkat 1 perkembangan fungsi otak. Sebaiknya bayi diletakkam dalam crawling track sebayak 10 kali sehari semalam.

Bayi seterusnya akan mengerakkan tubuhnya dan cuba mengawal pergerakkan kaki dan tangan serta memusingkan badannya. Tapi CT bolih menghadkan gerakakn bayi yang cuba memusing, olih itu bayi juga perlu Crawling Mat [CM] atau tikar vinyl  ukuran 4 x 4 kaki peregi yang diletakkan atas carpet. Sebaikknya kegunaan CT patut diselang selikan dengan CM.

Penting bagi ibu dan bapa untuk memberi galakkan kepada bayi untuk menyalar kedepan. Pada mula pergerakkan kaki dan tangan tiada teratur dan tanpa susunan serta ketiadaan arah tujuan, kaki dan tangan kanan atau kedua2 tangan atau kedua2 kaki munkin bergerak serentak. 

Apabila tangan kanan dan kaki kiri bergerak serentak dan kemudian diikuti gerakan tangan kiri disertai kaki kanan. Ini digelar gerakkan cross pattern. Pergerakkan saperti ini sangat berkesan untuk bayi maju kedepan atau mundur kebelakang. Apabila bayi bolih maju kedepan sejauh 2-3 kaki dalam tempoh 10 minit, ia dianggap masuk keTingkat 2 Perkembangan fungsi otak dimana pergerakkan anggota mula  dikawal olih Pon dalam pangkal otak. Jika bayi diberi banyak peluang menyalar ia bolih naik dari Tingkat 1 kepada Tingkat 2 dalam masa satu bulan, sedangkan yg normal tanpa rangsangan ini berlaku pada umor dua bulan setengah.

 Tingkat2 - Menyelar/ crawling

Galakkan bayi meyalar sebanyak2  munkin dengan CT dinaikkan pada hujungnya menjadikan ia sloping keatas sebagai satu cabaran kepadanya. Juga biarkan ia meyalar kemana2 diatas lantai  dalam rumah tapi tentukan ia tidak mencapai sesuatu yang merbahaya saperti wayar letrik atau bahan2 toxik.

Ibu atau bapa sebaiknya menyalar bersama2 serta memberi galakkan kepada bayi. Letakkan sesuatu saperti toy untuk dia cuba mencapai. Jika bayi diberi peluang menyalar 15 kali atau lebih sehari, tidak lama kemudian ia akan menyalar dengan cross pattern dan bolih capai jarak 150 kaki dalam sehari. Apabila sudah lancar dan mahir menyalar, bayi akan cuba mengangkat badan dari atas lantai dan ini permulaan bayi Merangkak (creep). Ini menandakan bayi masuk ketingkat 3 perkembangan fungsi otak. Ia bolih dicapai pada umor bayi tiga bulan setengah(3 1/2), sedangkan bayi tanpa rangsangan mencapai tingkat 3 pada umor 7 bulan.

Tingkat 3 - Merangkak/ creeping

Setelah banyak dan aktif menyalar serta bergerak dengan cross pattern, bayi mula mengangkat tubuh  dari lantai diatas kedua lutut dan tapak tangan dan terus merangkak (creeping). Bila ini berlaku kawalan berpindah dari pon dalam pangkal otak keatas ditengah otak (mid brain). Ketika ini bayi tidak lagi perlu CT dan alat bolih diagihkan kepada bayi lain.

Bayi masih banyak menyalar disamping merangkak. Ia akan bergerak merata2 dan sebaiknya ibu atau bapa merangkak bersama2 sebagai galakkan dan gunakan mainan/toys untuk dikejar dan dicapai. Jadikan ia sebagai aktibi brmain dan berseronok. 

Dalam tingkat 3 perkembangan otak (midbrain function) sasarannya ialah bayi merangkak sejauh 400 ela sehari.( Dalam tingkat 1 - fungsi saraf tunjang dan medulla - sasarannya ialah bayi menyalar 2-3 kaki tanpa henti dalam 10 minit. Manakala dalam tingkat 2 - fungsi otak Pon - sasarannya ialah bayi menyalar 150 kaki sehari ). Bagaimana dan berapa lama tempoh untuk capai sasaran/target bergantong kepada penglibatan ibu bapa.

Bayi dipakaikan baju lengan panjang dan seluar panjang serta setokin untuk merangkak. Lantai yang berlapis carpet adalah lebih sesuai. Glenn Doman cadangkan 20 - 30 sessi merangkak  sehari untuk cepat capai target. Pada mulanya sesi pendek dan dipanjangkan sikit demi sikit.

Bayi terus digalakkan merangkak sehingga satu hari nanti ia mula memegang tiang kerusi atau meja dan akan cuba berdiri dan seterusnya ia cuba capai kerusi atau meja lain dan cuba berjalan pula. Pergerakkan ini digelar cruising atau tateh. Dengan banyak berlatih dan bertateh akhirnya ia bolih mengambil satu dua langkah dengan sendirian. Ini bermakna bayi telah meninggalkan tingkat 3 menuju ke tingkat 4 perkembangan otak dimana ia mula dikawal olih cerebral cortex iaitu bahagian otak teratas sekali. 

Jika pencapaian ini bolih berlaku ketika bayi masih berumor 6 bulan, bayi ini insha Allah akan jadi seorang GENIUS mengikut pendapat pakar otak Glenn Doman.