Azam tahun 2022

Alhamdulillah tahun 2021 telah berlalu dengan meninggalkan banyak kebaikkan dan kejayaan walaupun  telah dilanda wabak pandemic covid dan musibah banjir. 

Harapan saya pada tahun 2022 akan terus mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan. Lebih baik amalan ibadah dan jariah, lebih sihat dan kuat, lebih rezeki dan lebih menabur ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepda yang memerlukan. 

Walaupun sudah bersara, saya akan terus berusaha mengikut kemampuan kesihatan dan rezeki untuk menabur bakti kepada masyarakat dan ummah khususnya. 

Saya akan terus menjalankan program pendidekan dan kaunseling khususnya dalam bidang kesihatan dan kesuburan wanita, keibubapaan dan perkembangan anak2. Berbagai2 program akan diatur termasuk seminar, bengkel ,ceramah2 dimedia, santai dengan kumpulan2 kecil.

Insyaallah says akan berusaha menerbitkan buku untuk menceritakan Berbagai2 pengalaman saya berkhidmat sebagai doktor selama lebih 51 tahun. Juga akan mengemaskini program2 video dalam YouTube Dan juga mulakan program dalam Tiktok, Insyaallah. 

Terus melakukan amal jariah khususnya membantu mereka yang ditimpa musibah, yang fakir miskin, dhoif dan lain2 yang memerlukan. Juga bantu bina masjid dan institusi pendidekan mengikut kemampuan kewangan saya.