Kaedah Bersalin

Dikatakan Orang Asli bila melahirkan anak ia akan berdiri dan memegang akar-akar pokok yang tergantung dari dahan-dahan pokok yang besar dalam hutan. Ia seolah bersenggayut seraya meneran sekuatnya dan bila kepala bayi hendak keluar dia mencangkung dan bayi keluar ke atas tanah yang dilapik daun-daun.

Khabarnya begitu juga Maryam ketika melahirkan bayi berseorangan tanpa bidan di bawah pohon kurma. Maryam juga berpaut tangannya pada pelepah daun kurma ketika melahirkan Nabi Isa. Ketika mengeluh kesakitan, khabarnya Maryam diwahyukan supaya menggegarkan pokok kurma lalu buah-buah kurma yang masak jatuh langsung dimakan oleh Maryam ketika sedang sakit beranak.

Tabiat kita ialah baring bila sakit bersalin bermula. Lebih baik pada peringkat awal banyakkan berjalan dalam bilik atau berdiri , tekanan graviti boleh membantu kepala bayi mudah masuk ke rongga punggung.

Kebanyakkan kelahiran berlaku dengan si ibu berbaring (dorsal position) atau dengan lithotomy position di mana kedua kaki digantung dan tapak kaki menolak palang serta badan dan kepala dinaikkan 45 darjah.

Beranak dalam air (water birth) tiada memberikan apa-apa kelebihan atau manfaat. Pada pendapat saya ia membawa lebih risiko jangkitan kuman pada bayi kerana sering dikotori dengan najis ibu dan darah.

Panduan Mudah Bersalin

Dalam bulan terakhir kehamilan rahim mula mengalami kuncupan yang digelar Braxton Hicks contraction. Ini sebagai 'memanaskan' atau warming up. Ketika ini pintu rahim mula mengembang dan perlahan-lahan membuka laluan untuk kepala bayi. Ia menjadi lembut dan mudah membuka - effacement dan dilatation.

Buah-buahan dan sayur-sayuan berkesan melembutkan dan membuka pintu rahim. Amalan orang Arab untuk mudahkan kelahiran ialah dengan minum air daripada rendaman 'akar Fatimah'. Air ini ada sedikit kesan meningkatkan kuncupan rahim serta memudahkan pintu rahim membuka.

Senaman juga menolong memudahkan kelahiran. Berjalan kaki 30 minit sehari di sekitar rumah atau di taman bunga boleh memantapkan kepala ke dalam rongga tulang - kepala bayi engaged. Ada setengah wanita barat buat jogging untuk mencapai tujuan ini.

Breathing exercise atau senaman pernafasan juga penting untuk mengembangkan paru-paru dan membolehkan tahan nafas lebih lama ketika meneran bayi bila sudah sampai stage ke-2 labour. Terdapat beberapa kaedah antenatal exercise yang boleh dipelajari melalui Youtube.

Penawar Sakit Bersalin

Reaksi terhadap kesakitan berbeda antara individu. Faktor baka dan keturunan ada memainkan peranan. Setengah wanita sangat kental dan memiliki daya tahan sakit yang amat kuat sehingga saat-saat akhir baru terasa hendak meneran bayi keluar. Saya perhatikan mereka yang kuat iman dan keyakinan diri mempunyai daya tahan yang kuat.

Saya nasihatkan ibu-ibu hamil untuk sentiasa membaca Fatihah , ayat Kursi, 3 Wul dan berzikir setiap masa tidak kira di mana. Dalam bulan akhir kehamilan banyakkan berzikir dan berselawat ke atas nabi, beristighfar sebanyak yang boleh. Teruskan amalan ini pada ketika sakit bersalin.

Dalam peringkat pertama labour banyakkan berjalan dan duduk di sekitar bilik. Bila sakit dirasai sedut nafas panjang dan mendalam sambil.berbisik ' Subhanallah' kemudian lepas nafas perlahan-lahan sambil mengucap 'Astaghfirullah'.

Luka Ketika Bersalin

Perdarahan ketika Bersalin