Bersara pada akhir tahun 2021

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Melimpah nikmat keatas diri saya dan keluarga. Lebih 51 tahun diberi peluang jadi doktor dan lebih 45 tahun jadi pakar bidan. 

Tiba masa untuk saya mengundur diri dan bersara. Banyak perkara dan hal2 peribadi dan keluarga perlu diselesaikan selum bertemu dengan Maha Pencipta. Semoga sedikit sisa2 hidup yang masih ada dilimpahi dengan segala nikmat dan keberkatan dari Allah SWT serta dapat pengampunan segala dosa, aamin ya robbal alamin. 

Bukan mudah untuk mengambil satu keputusan yang amat besar ertinya dalam hidup saya. Masih ramai yang memerlukan perkhidmatan saya,  malah staff saya perlu menolak permohonan pesakit2 untuk buat temujanji dengan saya. Situasi begini menjadikan hati amat sedih dan pilu kerana tidak dapat membantu mereka yang memerlukan. Ada kala  timbul perasaan berbelah bagi, namun saya terpaksa cekal dan mengawal perasaan. Semoga ini adalah satu keputusan muktamad dan saya tidak akan merasa kesal kemudian hari. 

Ribuan Terima kasih. 

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan kepada saya memberi nasihat dan buat rawatan kepada pesakit2 saya. Kepada mereka yang berjaya mendapat zuriat dan sembuh dari penyakit mereka saya ucapkan tahniah. Yang belum berjaya dan tidak kesampaian hajat mereka, bersabar dan terus berdoa sambil jangan putus usaha. 

Mohon Maaf 

Saya juga mohon Maaf atas segala kesalahan dan kesilafan, samaada yang sengaja dan tidak sengaja, yang nyata dan yang tersorok. Saya akui saya ada banyak  kelemahan dan kekurangan pada diri dan peribadi saya. Manusia memang tidak sempurna dalam semua bidang. Hanya Allah sahaja yang Maha Sempurna. 

Mohon Doa restu

Saya mohon doa agar Allah kuatkan Iman, kurniakan kesihatan dan kekuatan serta kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Aamin ya robbal alamin. 

Kita tidak terlepas dari ujian Allah, itu semua adalah lumrah hidup. Ada kala kita naik menjulang tinggi dan ada kala kita jatuh kelurah jauh kebawah. Hanya ketabahan dan kesabaran serta keyakinan terhadap pertolongan Allah SWT yang bolih meneruskan perjalanan hidup kita. 

Marilah kita hapuskan perangai hasad dengki,  iri hati dan dendam kerana kesemua itu perosak pembangunan insan dan ummah..

Lepas bersara buat apa?

Rasa lega tanpa tanggung jawab keatas penjagaan pesakit. Apabila telah termetera hubungan antara doktor dengan pesakit, wajib bagi doktor memberi perkhimatan terbaik mengikut etika amalan kedoktoran dengan memberi layanan dan rawatan secara ikhlas  serta penuh komitmen. Tugas ini menjadi tanggung jawab utama dari tugas2 lain.

Jika tiada timbul sesuatu masalah atau kerumitan doktor bolih tidur lena selepas selesai tugas harian. Namun jika sebaliknya berlaku, tidur pun terganggu dan minda pun tidak tenteram kerana asyik memikirkan tentang kemunkinan timbul sesuatu situasi bahaya yang bolih mengancam nyawa pesakit. 

 Alhamdulillah beban tersebut insyaallah akan lupus bila saya bersara kelak. Relax   tenang fikiran,  jiwa dan minda tenteram. Banyak perkara bolih dibuat tanpa tekanan waktu. 

Apa nak buat?


1. Sempurnakan tanggung jawab kepada Allah SWT ,baikki dan tambah amal ibadah. Mohon ampun segala dosa, mohon dilindungi dari seksa kubur dan api neraka. Mohon syorga Allah.


2. Semarakkan hobi saya, berkebun dihalaman rumah. Tanam pokok2 buahan hybrid, sayur2 kampung dan herba. Pahla tanam pokok2 berterusan selagi pokok masih menghasilkan buah2, tidak kira siapa makan , burung haiwan atau manusia. Harap dapat bantu saya dialam barzah kelak. 

 

3. Selesaikan isyu2 peribadi dan keluarga, khususnya tentang harta, pembahagian semasa saya masih hidup, hibbah,  wasiat serta wakaf.


4. Penulisan buku dan produksi video untuk mengabadikan ilmu, kemahiran,  pengalaman serta hikmah dalam bidang kebidanan dan sakitpuan. Semoga ilmu yang dimenfaatkan dapat bantu saya diakhirat kelak.


5. Beri ceramah2 dan seminar secara kerjasama dengan lain2 NGO.


6. Buat sikit2 amal jariah,  bantu bina masjid, surau, pusat2 pendidekan  dan lain2 untuk bekalan diakhirat. 


7. Melibatkan diri secara sambilan dalam perniagaan dan pelaburan dengan berhati2 serta tidak mendedahkan kepada risiko tinggi.

Rahsia awet umor

 

YA ALLAH JAUHI DAN LINDUNGI AKU DARI PENYAKIT TUA.

Diantara banyak jenis sakit tua ialah nyanyuk, dementia, alzheimer, parkinsonism dan lain2. Hilang ingatan dan nyanyuk sering mengancam warga emas. Otak mengecut dengan meningkat umor dan jika tidak diaktifkan dengan berbagai cara rangsangan. Dalam penyakit alzheimer, Beta amyloid plaque melekat pada dinding saluran darah keotak, mengurangkan bekalan darah dan oksijen, kesannya sel2 otak musnah. Kimia2 pemancar signal letrik dalam otak, acetyl choline (Ach) juga bekurangan dalam penyakit2 ketuaan.

Penyakit angin ahmar atau stroke juga boleh merosakkan bahagian2 terpenting dalam otak, mengakibatkan gangguan fungsi2 terpenting saperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan).
Dalam umor 76 tahun saya sentiasa berdoa sambil mengamalkan langkah2 untuk menjauhi sakit tua.

1. Baca dan hafal quran tingkatan fungsi otak.
Saya amalkan baca quran walaupun beberapa ayat setiap hari. Walau pun sudah hafal beberapa surah penting, dalam bacaan kali ini saya cuba fahami makna agar dapat menghayati ajaran quran dan mengamalkannya.
Bacaan quran bertajweed dan bertaranum adalah satu kaedah mengaktifkan otak. Ia merangsang pertumbuhan sel2 otak dan meningkatkan transmissi letrik menerusi synapses.
Bacaan berulang2 meningkatkan ingatan dan hafalan dan disyorkan baca 40 kali bagi setiap ayat. Amalan ini insyaallah bolih mencegah penyakit nyanyuk.

2. Tenangkan fikiran dan atasi stress.
Tekanan mental, fizikal dan emosi yang berpanjangan mencetuskan hormon steroid, cortisol yang bolih merosakkan sel2 neuron dan stesyen pemancar letrik, synapses khususnya dikawasan hippocampus dan prefrontal lobe yang penting bagi menyimpan ingatan dan dan memperoses pemikiran.

Saya cuba mengawal stress dengan sentiasa berzikir, bertasbih dan berselawat dimana2 dan bila2 masa bila ada peluang.

Juga menyedut nafas panjang melalui hidung dan menghembus nafas keluar perlahan2 melalui mulut, ulang selama 5 minit, tidak kira dimana saya duduk.
Saya juga amalkan berkebun disekitar kawasan rumah selama 30 hingga 60 minit, setakat tanam sayur dan herba. Sambil berpeluh ia juga dapat beri ketenangan kepada saya.
Ketawa dan senyum selalu untuk kurangkan stress. Jenaka cetuskan pengeluaran dopamine yang menimbulkan rasa keriangan dan ceria.

3. Terus belajar bidang baru.
Peroses pembelajaran mencambahkan pertumbuhan sel2 serta meningkatkan fungsi otak, tidak kira umor dan tidak kira bidang ilmu apa pun. Untuk saya ilmu2 ugama, perubatan dan pengurusan penting saya tingkatkan setiap masa dengan membaca kitab2, buku2 dan internet.

Untuk lebih berkesan lagi pelajari bidang2 baru yang bolih mecabar otak kita saperti bertukang atau carpentering, buat lukisan atau berlajar bermain alat muzik. Jadikan ia sebagai satu hobby untuk memenuhi waktu lapang khususnya bagi mereka yang telah bersara. Malangnya saya tidak punya banyak masa lapang.

4. Terus berkerja dan berkhidmat tanpa bersara.
Kekosongan tanpa aktiviti fizikal dan mental bolih menyebabkan otak kita cepat mengecut atau atrophy. Alhamdulillah bagi saya yang self employed dan punya ilmu dan kemahiran dalam pembedahan gynecology, jadual masa saya sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda saya.
Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan tubuh badan untuk terus beri khidmat kepakaran saya kepada kaum wanita khususnya.

5. Excercise fizikal meningkatkan fungsi otak.
Amalan exercise fizikal selama 30 minit atau lebih memberi banyak kesan positif kepada fungsi otak:
Meningkatkan bekalan oksijen kepada otak; penting bagi sel2 otak untuk cegah serangan angin akhmar.
Mencetuskan pengeluaran BDNF, brain derived neurotrophic factor untuk meningkatkan fungsi otak - kognitif dan pembelajaran.
Tingkat mitochondria dan organelles pembekal tenaga untuk sel2 otak.

Bagi warga emas terbaik jalan kaki selama 30 minit disekitar kawasan perumahan selepas solat subuh.

Saya cuba amalkan yoga untuk merawat sakit tengkuk dan pinggang. Alangkah baiknya jika kita popularkan silat sebagai satu exercise kesihatan dan pentenang minda. Yoga adalah amalan bangsa india dan taichi amalan bangsa cina.

6. Tidur yang cukup, antara 5 hingga 8 jam.
Memang telah jadi amalan saya tidur awal, 10 malam dan bangkit awal, jam 5 pagi. Dan sebelum zohor saya tidur sebentar atau power nap.
Waktu tidur aktibiti2 otak pun berehat, segala fungsi diselaras semula (reset), sel2 neuron baru tumbuh dan sambungan2 synapses diperkukuh.
Bila bangun kita dapat berfikir dengan terang kerana otak kita lebih aktif. Jika ada masa amalan exercise fizikal 30 minit sebaiknya dilakukan selepas bangun tidur untuk menghasilkan kesan rangsangan otak terbaik.

7. Omega 3 dan DHA.
Otak mengandungi 60% lemak dan darinya 25% adalah Omega3 DHA, penting bagi fungsi otak dan retina mata untuk penglihatan. Kekurangan omega 3 dan DHA terdapat pada pesakit2 ketuan termasuk alzheimer, menjadikan sel2 otak tegang dan mudah inflamasi serta rosak, juga kimia pemancar neuro berkurangan.
Sumber2 omega3 terbaik adalah dari ikan berminyak saperti salmon, tuna, mackerel, hati, otak dan minyak krill. Sumber2 omega3 dari walnut, badam, avacardo, flexseeds, peanuts juga baik.
Sekarang ini pil2 minyak ikan dan krill banyak terdapat dalam pasaran. Setiap biji pil mengandungi 1000 mg minyak ikan atau krill. Makan satu atau dua biji setiap hari. Minyak krill lebih mudah diserap dan juga mengandungi antioxidant, astaxanthine.

8. Minyak kelapa dara (VCO)
Otak mendapatkan sumber tenaga dari glucose yang memerlukan insulin. Otak menghasilkan sumber insulin sendiri. Pesakit alzheimer kekurangan insulin dalam otak, kesannya kurang sumber tenaga.
VCO mengadungi 60% medium chain triglycerides (MCT), sumber ketones yang menghasilkan tenaga.
Minum 2 sudu besar VCO setiap hari dikatakan dapat bantu pesakit alzheimer.

9. Vitamin D3.
Vitamin D memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel2 serta fungsi otak. Pesakit2 ketuaan, alzhmeir mengalami kekurangan vitamin D. Wanita2 hamil disarankan mengambil vitamin D3 yang biasanya diadunkan bersama pil kalsium. Munkin orang malaysia jarang mengalami kekurangan vitamin D kerana bila terdedah kepada cahaya matahari tubuh kita bolih bina vitamin D.

10. Vitamin B12.
Memainkan peranan penting dalam kesihatan dan fungsi otak serta meningkatkan ketajaman berfikir.
Kekurangan vitamin B12 menyebabkan otak mengecil dan penyakit alzhmeir.
Sumber2 utama B12 ialah daging, ayam, susu dan telor. Makanan tersebut juga mengandungi choline yang penting bagi fungsi otak.

11. Kesihatan perut dan usus.
Dianggap sebagai otak kedua kerana terdapat hubungan saraf terus ke otak melalui saraf2 vagus dan cranial nerve ke10.
Untuk menentukan kesihatan usus tentukan pemakanan yang berkhasiat dan berzat. Jauhkan junk dan processed foods, gula dan karbohaidret. Makan lebih fermented food dan probiotics.

12. Buahan dan herba2.
Terdapat banyak jenis buahan dan herba yang merangsang pertumbuhan sel2 otak, meningkatkan sambungan dan hubungan antara sel2 otak. Buah2 berries, kismis dan keroma dengan kandungan flavonoids - anthocyanins dan flavanol bertindak demikian.
Kimia pemancar letrik otak Ach bolih berkurangan akibat tindakan enjim2 terentu , akibatnya penurunan fungsi otak. Terdapat beberapa herba yang mengadungi inhibitors untuk menghalang tindakan enjim2 tersebut dan berkesan merangsang fungsi otak, barcopa, ginko baloba, rosemary, sage, mint, holy basil dan lain2.

13. Kawal penyakit yang memudahkan serangan angin ahmar.
Penyakit2 darah tinggi, kencing manis, kegemokkan dan kolesterol tinggi perlu dikawal dengan rawatan doktor pakar.

14. Rangsang otak.
Disamping pemakanan berkhasiat dan berzat, amalan exercise fizikal, kawal penyakit dan stress, makan vitamin2, supplement dan herba kita perlu merangsang dan mengaktifkan otak setiap masa dan waktu.

Musik dan lagu khususnya musik2 klassik memang telah diiktiraf sebagai satu cara meningkatkan fungsi otak disamping memberi ketenangan minda. Lebih baik kalau belajar bermain alat musik setakat untuk kegunaan sendiri.

Interaksi sosial seraya menguatkan silaturrahim melalui perbualan talipon dengan ahli2 keluarga, rakan2 sebaya, anjurkan makan bersama dengan classmates.

Pelajari satu kemahiran baru, jadikan ia satu hobi. Kita perlu membaca buku atau cari maklumat dari internet untuk tujuan begini. In satu kaedah rangsangan otak yang baik. Ada kala hasil dari hobi menjadi satu bisnes yang lumayan.

Ada beberapa permainan yang perlu kegunaan minda saperti crossword puzzle; sudoko, chess dan lain, kesannya merangsang fungsi otak.

Pergi melancung dan melawat negara2 luar dan pelajari sejarah, adat resam dan caragaya hidup bangsa2 asing. Alquran juga menggalakkan kita berjalan untuk pelajari kesan kaum2 yang ingkar.

Bagi saya menulis makalah dalam blog, website dan facebook sangat berkesan yntuk merangsang minda saya. Saya perlu buat research, cari maklumat dan baca serta buat catitan dalam buku nota saya sebelum saya hasilkan satu makalah saperti ini.

Memang telah menjadi tabiat saya untuk buat catitan dalam buku2 nota, dairi dan jernal tentang ilmu pengetahuan baru, peristiwa2 dan pengalaman. Begitu juga dalam hal2 pengurusan kewangan dan pentabiran niaga saya catitkan segala2nya dengan terperinci dalam buku nota. Ini memudahkan perancangan sesuatu projek atau program dimasa hadapan.
Semoga segala usaha saya diberkati Allah SWT. Amin.

PESANAN KEPADAA CUCU2 SAYA SEMPENA TAHUN BARU 2022

Alhamdulillah capai umor 77 tahun dan 52 tahun kahwin menghasilkan 5 orang anak dan 12 orang cucu . Saya anggap sebagai satu kejayaan dengan izin Allah SWT. Saya juga rasa amat bahagia kerana anak2 dan cucu2 dalam keadaan sihat walafiat.
Saya ingin tinggalkan pesanan kepada anak2 dan cucu2 dan mereka yang melayari ruangan ini beberapa panduan untuk kejayaan dan kebahagian hidup.
Baru2 ini saya dan isteri bawa 3 orang cucu remaja untuk mengerjakan ibadah umrah dan ziarah diMakkah dan Medinah.

1. Tidur awal.
Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur.
Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur.
Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari.
Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.

3. Bangun awal.
Saya bangun jam 5 pagi. Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak.
Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Saya kejutkan isteri.
Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat subuh berjemaah.
Sempornakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain

3. Sarapan saperti raja.
Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja.
Saya makan buah2 dulu biasanya 3 butir keroma dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug.
Kalau menginap dihotel yang menyediakan sarapan saya pastikan makan sebanyak yang bolih dan saya kurangkan makan tengah hari dan malam. Disamping banyak makan buah2an dan salad.

4. Supplemen vitamins dan lain2.
Selepas sarapan saya makanan supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri; sudah berpuloh tahun saya amalkan. Saya makan lain2 saperti resveraterol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya makan vit C 1 - 2 gm sehari.
Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu supplemen2 tersebut.

4. Pileh kerja yang diminati dan memberi keriangan.
Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain.
Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar.
Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan.
Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya diakhirat kelak.

5. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.
Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.
Saya pileh berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa.
Ini sebagai hobby sahaja tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) bolih mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.

6. Exercise paru2, mata dan kaki.
Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Bolih dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2.
Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk.
Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka.
Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung.

7. Amalkan catit dalam buku jernal dan diary.
Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar.
Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2.
Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2 lampau. Memang sangat berguna dan bermenfaat. Saya lihat orang2 jepun dan korea sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan.

8. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat.
Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai.
Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar.
Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek.
Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.

9. Amalkan baca dan terus membaca.
Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia.
Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita.

10. Uruskan masa dengan bijak.
Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2.
Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih dihospital Melaka.
Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat.
Ingat jangan jadi hamba kerja.
Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul.
Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan talivisyen atau bermain video games.

11. Banyak minum air.
Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ.
Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam.
Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi.
Minum air halia atau cuka apel debgan madu.

12. Bertindak, Berusaha dan Berkerja.
Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa.
Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.

13. Sangka baik terhadap orang lain.
Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain.
Fikirkan mereka ada niat baik.
Fikir positif.

14. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.

15. Cakap lunak dan sedap didengar.
Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah.
Jauhkan cakap2 negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.

16. Senyum dan ucap salam selalu.
Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa bolih kurangkan mental stress.
Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.

17. Beristighfar ,taubat dan bermaafan.
Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali.
Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri.
Jangan buang tenaga membenci orang lain.
Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.

18. Terima teguran dan pendapat orang lain.
Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan.
Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih menjadikan kita dihormati walau pun munkin kita tidak setuju.
Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.

19. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip.
Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.

20. Kawal kemarahan.
Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.

21. Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya.
Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat.

22. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita.
Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan 'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.

23. Muasabah diri.
Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya.
Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif.
Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui.

24. Kegagalan tangga kepada kejayaan.
Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.

25. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah.
Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.

26. Jadi seorang pemberi dan pemurah.
Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.

27. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong.
Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak.
Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.

28. Mengetahui had diri.
Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko.
Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.

29. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat.
Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam.
Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.

30. Janji mesti ditepati.
Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati.
Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

31. Bijak mengurus kewangan.
Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci saperti tabung haji dan ASB.
Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu.
Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded.
Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi.
Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai.
Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun.
Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.

32. Dapatkan restu dan doa ibu bapa.
Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting.
Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.

RUMUSAN
Untuk capai kejayaan dan kebahagian hudup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.

Comments

29.05.2022 23:49

Sany Low

Hi Dr Hamid
Salam bersara& semoga panjang umur.
Semoga kehidupan bersara dr terus menambah nilai kehidupan bg org spt apa yg Dr selalu buat.
Love to read your article yg sungguh meninspirasikan.

10.01.2022 11:00

Zulfadzli abdul wahid amini

Moga panjang umur dan sentiasa sihat Prof, terima kasih sentiasa memberi rawatan dan panduan pada wife semasa dan selepas kelahiran 3 anak lelaki, allhamdulillah semua nya sihat dan remaja sekarang.

09.01.2022 15:22

Anida

.Selamat Bersara Tuan Doktor yg pernah merawat saya buang fibroid 14cm 5 tahun dulu. Terima Kasih. Saya ingat smpi bila2. Hanya Allah swt dpt balas keihlasan Dr merawat setiap pesakit.

09.01.2022 11:11

Faizah Arbain

Selamat bersara Tuan Doktor, terima kasih atas khidmat cemerlang Tuan Doktor kepada semua wanita yang memerlukan selama ini…

09.01.2022 02:12

Fariza nor

moga diberi umur yang bermanfaat prof.
Terima kasih atas usaha prof selana ini..

08.12.2021 06:45

SALI SAAD

Alhamdulillah pernah menjadi pesakit Doc pada Oct 2019 & moga dikurniakan kesihatan yang baik serta pahala yang berpanjangan buat Dr. Hamid Arshat..Terima kasih diatas doa & segala nasihat yang diberi

08.12.2021 01:21

Hamizah

Terima kasih banyak2 Dr. Alhamdulillah rezeki dapat buat rawatan pada 8/11 sebelum Dr bersara. Semoga Allah beri ganjaran pahala dan kesihatan yg baik buat Dr. Mohon doa supaya kami direzekikan zuriat

01.12.2021 12:28

zaleha said

sungguhpun tidak bertemu muka dgn beliau...tetapi utk pertama kali saye utk menjadi ibu buku hasil penulisan beliau la yg saya jadikan rujukkan pada tahun 1990...selamat bersara prof...

01.12.2021 10:56

Hasanah Alias

Selamat bersara & beristirehat Doc. Semoga Allah memberi ganjaran pahala utk ilmu kepakaran Doc selama Doc bekerja & berkhidmat.

30.11.2021 02:48

Salinah

Selamat bersara Dr Hamid...Semoga senantiasa dlm lindungan dan rahmat Allah.Semoga Dr sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik. Terima kasih Dr...Mazlan & Salinah from Sabah