Sejukkan Buah Zakar Baiki Benih Lelaki

Benih lelaki boleh berkurangan bilangan dan kekuatan pergerakan akibat kepanasan. Mereka yang bekerja di kilang panas, kerja di luar dan terdedah kepada sinaran matahari terik, pemandu lori jarak jauh dan selalu meletak komputer laptop atas riba ketika dalam perjalanan jarak jauh dalam kereta api atau bas menghadapi risiko gangguan benih.

Kepanasan badan pun boleh juga mengganggu benih. Begitu juga tekanan fizikal, mental dan emosi juga mengganggu benih lelaki.

Cuba rawatan ini. Letakkan icepack yang telah disejukkan dalam peti ais seharian di bawah buah zakar dalam seluar selama 30-60 minit bila balik daripada kerja.

Amalkan setiap hari bagi orang lelaki yang mengalami masalah benih kurang bilangan dan kurang pergerakan aktif. Insya Allah satu hari kelak isteri akan hamil.

Kesuburan Lelaki

Add video text

Comments

24.06.2019 02:42

iera

boleh ke rawatan kesuburan lelaki di rawat di Klinik Dr Hamid Arshad. Kalau ada rawatan tersebut, bagaimanakah caranya..mohon untuk bg pencerahan.

09.09.2017 10:48

Izarti

salam doc...sy pesakit DM n dua2 anak sy czer..sy nk anak yg rmi...setahu sy hosp kerajaan hny lepaskn utk 3x czer ..adakah cara yg ade kemungkinan tgi utk sy dptkn kembar?

16.08.2017 03:20

wardah

suami saya mempunyai penyakit SLE dan memerlukan mengambil ubat Prednisolone..ada dokter menyatakan ubat tersebut melemahkan kualiti sperma?? dan apa perlu suami saya lakukan??

29.12.2015 13:40

Suzy

Salam doc, sperma brgerak kurg aktif adakah menjadi punca besar untuk sukar mengandung?..suami saya tidak merokok dan hasil ujian kesuburan menunjukkan suami ada sedikit masalah brkenaan pergerakan sp

05.06.2014 07:57

Zamani

Adakah pihak Dr turut menyediakan khidmat untuk testicular biopsy? Jika tiada, boleh berikan cadangan di mana ianya boleh dilakukan? Adakah memerlukan seseorang pergi ke hospital swasta?

30.05.2014 14:46

Din

Sy mengalami angin pasang kekal sejak kecil. Sekarang umur sy 39. Pernah test kesuburan di gleneagle. Keputusan Nil.
Soalan sy :-
1) slain pembedahan adakah cara lain tuk pasti kan sperm wujud dn brape peratus mbolehkan isteri sy mgandung.
2.Brape angga

04.06.2014 11:12

Dr Hamid

Salam. Perlu buat testicular biopsy - bedah kecil saja untuk kesan samada kilang benih masih berfungsi atau tidak. Biasanya dilakukan olih pakar urology.

28.05.2014 12:26

ieza

Pernah buat test kesuburan...tp malng yer benih sperma kurang dn air mani cair...jd boleh guna kn dgn care ni x?? Mohon pencerahan doc dn dmana boleh dptkn yer??

28.05.2014 12:37

Dr Hamid

salam, disamping makan multivitamins, vit C dan E, makan yg berzat berkhasiat, relaks dan tenangkan mental dan emosi. juga amalkan icepack.

28.05.2014 11:36

farah

Saya berminat untuk dptkan icepack ini, mcm mana saya nak beli?

28.05.2014 12:34

Dr Hamid

salam. sila hubungi klinik saya 03 20941115

28.05.2014 01:05

Wan

Kemungkinan adalah disebabkan beguk yang pernah dialami sewaktu kecil. Ada cara rawatannya?

28.05.2014 05:10

Dr Hamid

Salam.
Betul beguk ayau mump bolih rosakkan sel2 benih lelaki mengakibatkan azoospermia

28.05.2014 00:59

Wan

Salam Dr,

Boleh saya tahu adakah Yayasan ini turut menyediakan rawatan untuk pesakit Azoospermia? Jika ada boleh saya tahu secara kasar kosnya yang bakal terlibat dan apakah rawatan yang disediakan oleh yayasan?

06.09.2017 04:52

Fahan

Maksod doktor, doktor dan yayasan, tak sediakan rawatan utk pesakit Azoospermia?

28.05.2014 05:12

Dr Hamid

Salam.
Sebaiknya buat testicular biopsy dengan pakar urology untuk mengtahui samaada sel2 benih masih berfungsi atau tidak.