RAWATAN STEM CELL

Dengan kerjasama antara syarikat FTCI  serta pakar-pakar termasuk Prof Abd Halim Jalil, Prof Dato Mike Chan, Datin Dr Michelle Wong dan rakan-rakan, Jabal Nur akan terus berusaha sama untuk memberikan khidmat rawatan stem cell kapada pesakit-pesakit terpilih.

Di antara kes-kes yang memerlukan rawatan stem cells ialah :

1. Kanak-kanak Down syndrome.

2. Kanak-kanak autisme

3. Kanak-kanak spastik

4. Kanak-kanak dengan kecacatan saraf.

 5. Orang dewasa yang mengidap kencing manis dan berbagai komplikasi buah pinggang, saraf atau mata.

6. Penyakit tua - sebagai rawatan anti ageing

7. Lain-lain penyakit kronik yang gagal dirawat dengan cara perubatan biasa.

 

Untuk nasihat lanjut sila hubungi.

Prof Dato Dr Abd Halim Jalil - 019 3399441 (boleh Whatsapp atau Sms)

 

Stem cell therapy

Pakar-pakar stem cell therapy, Prof AJ Halim dari Fakulti Perubatan Lincoln University dan staf bersedia membuat rawatan ke atas kanak-kanak Down syndrome.

 

Peralatan dan sel-sel untuk disuntikkan

Beberapa jenis stem cells disuntikkan pada punggung kanak yang ada Down syndrome khususnya stem cells otak. Stem cells diambil daripada arnab yang dibela di makmal secara istimewa. 200 jenis sel dapat disemai dan dicambah di makmal sebelum disuntikan. Ladang ternak arnab dan makmal stem adalah di Switzerland dan biasanya diterbangkan ke Malaysia sehari sebelum rawatan dijalankan.

 

Suntikan dilakukan

Rawatan stem cell adalah mahal. Kos rawatan adalah antara RM 30 hingga 60 ribu. Kebanyakannya dibiaya sendiri. Kita sedang berusaha untuk mendapatkan pembiayaan rawatan ini daripada berbagai agensi kerajaan dan badan amal.

Kecacatan Bayi

 

 

Kecacatan bayi yang jarang berlaku. Bayi ini otaknya di luar tempurung/skull dan ini digelar meningomyelocele. Daripada awal kandungan kecacatan telah dikesan dengan ultrasound scan tetapi ibu bapa memilih untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan. Saya telah dua kali membantu melahirkan secara bedah cesarean bayi yang cacat seperti ini.

Setelah dilahirkan bayi yang hidup dirujuk kepada pakar bedah otak/neurosurgeon. Beberapa sesi pembedahan otak dilakukan untuk membetulkan otak bayi tetapi malangnya gagal dan kedua-dua bayi tersebut telah meninggal dunia. Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Punca kecacatan ini tidak diketahui tapi memang ada kecacatan baka (genetik) yang berlaku ketika percantuman benih suami dan telur isteri.

Ia boleh dikesan pada peringkat awal kandungan dan dalam kalangan ibu bukan Islam mereka ada pilihan untuk menggugurkan kandungan. Tetapi mengikut hukum Islam haram untuk menggugurkan kandungan walaupun telah disahkan cacat.

Dalam kedua-dua kes yang saya kendalikan ibu bapa memilih untuk meneruskan kandungan hingga ke akhir bulan dan kedua-dua kes saya lahirkan dengan cara bedah cesarean. Kedua-dua bayi hidup ketika lahir.

Cegah Kecacatan Bayi

 

Semoga kita dijauhkan Allah daripada kecacatan ini

PUNCA CACAT BAYI

Lihat Video ini

 

Cegah Kecacatan bayi!

Makan ubat folik asid 5-10 mg. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus- menerus hingga akhir kandungan.

Tentukan yang anda sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. 

Jangan cuba gugurkan kandungan dengan apa cara pun. 

Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat-ubat seperti tranquilizer juga ubat kanser tanpa nasihat doktor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat ‘genetic counselling’. Jauhkan hamil jika umur melebihi 45 tahun.

Berserah dan tawakal kepada Allah s.w.t. Berdoalah setiap masa untuk mendapat zuriat yang cemerlang: ‘Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba, inaka sami u doa’. ‘Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami’.Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 'Qul', dan ayat 'Qursi' kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.

Menurut orang tua-tua ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganiaya atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandung isteri akan lahir cacat.Tidak perlu jalani ujian-ujian untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang-ujian negara dan hukum Islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.

Perlukah buat ' Prenatal Diagnosis'?

Amalan melakukan berbagai ujian bagi mengesan kecacatan bayi pada peringkat awal kandungan sekarang sudah diiktiraf dalam dunia perubatan dan masyarakat ramai khususnya dalam kalangan bukan Islam yang ada sejarah atau risiko bayi cacat.

Ujian-ujian termasuk ultrasound scanning, ujian darah dan pengambilan sampel air ketuban/amniotic serta biopsy sel daripada chorionic membrane. Tujuannya ialah untuk mengesan berbagai kecacatan bayi dalam kandungan seperti Down syndrome dan lain-lain. 

Setengah ujian melibakan prosedur-prosedur yang boleh menimbulkan risiko gugur. Ada setengah ujian pula tidak ada kemudahan untuk dilakukan di negara kita lalu perlu dihantar keluar negara dengan kos yang amat tinggi.

Sebagai pakar bidan Islam saya tidak menyokong ibu-ibu Islam menjalani ujian-ujian dan prosedur ini kerana jika bayi cacat, hukumnya haram untuk menggugurkan kandungan. Kadangkala keputusan ujian hanya diperolehi selepas kandungan melebihi umur 3 bulan dan pada ketika itu semua organ bayi telah terbentuk.

Setiap insan sempurna atau cacat mempunyai hak untuk hidup. Manusia tidak berhak untuk menyekat kehidupannya. Lagi pun membela anak cacat adalah satu ujian besar dan memberi ganjaran besar kepada kedua ibu bapa.

Prosedur menggugurkan pun berisiko kepada ibu. Keputusan ujian dalam prenatal diagnosis ada kala tidak 100% mutlak. Ada berlaku bayi yang disangka cacat dan bila digugurkan rupanya normal.

 

 

Comments

24.10.2014 12:06

Pn Eliana

Doktor.. Apakah kesannye jika saya mengambil pil perancang keluarga selama 3 tahun dan kemudian ingin hamil smula.. ada tak kesan terhadap kehamilan saya kelak.

20.09.2014 15:21

pn haliza bt ibrahim

Sy nk tye doktor , benarkah pengambilan mknn tmbhn evening primrose oil dlm tmpoh yg lama mbw kesan negatif kpd kesihtn? Sy memaknnye dlm mass 10 thn utk kestabilan hormon.

20.09.2014 12:18

pn.yatie

Sy dah bca segala info Dan nasihat dri doctor,trima kasih atas maklum doctor..ia nya sngat berguna kepada ibubapa untuk menambah ilmu pengetahuan..saya akan Cuba praktik kan nasihat yg doctor sarankan